Today is Friday, 18 May 2012
Malay Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) English French German Italian Portuguese Russian Spanish Thai Turkish Urdu
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week66
mod_vvisit_counterLast week66
mod_vvisit_counterThis month169
mod_vvisit_counterLast month261
mod_vvisit_counterAll days5750

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.179.232
 , 
Today: May 18, 2012
We have 1 guest online
You are here:    
Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah INSANIAH. PDF Print E-mail
Written by admin   
Thursday, 07 October 2010 01:07

 

 

 

 

INSANIAH, 20 Oktober 2010 (Rabu): Pengerusi QSR Brands Bhd, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan dan Muamalat) Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini, semalam.

Penganugerahan itu disempurnakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Hadir sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah dan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, anakanda Tuanku Sultan Kedah.

Turut mengiringi Baginda ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah INSANIAH, Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Haji Abdul Razak, dan Rektor INSANIAH, Profesor Dato’ Dr Jamil Osman.

Semua tetamu kehormat dari dalam dan luar negara serta pegawai universiti turut hadir meraikan hari bersejarah untuk 617 graduan INSANIAH yang menamatkan program pengajian masing-masing.

Selain QSR Brands Bhd, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali juga adalah Pengerusi kepada beberapa syarikat korporat seperti Waqaf An Nur Corporation Bhd., Kulim Malaysia Bhd, KFC Holdings Malaysia Bhd, KPJ Helathcare Bhd, Sindora Bhd, Johor Land Bhd, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (MICC), Ahli Jawatankuasa Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Atas ketokohannya itu, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali dianugerahi ijazah berkenaan.

Seluruh warga INSANIAH mengucapkan tahniah atas penganugerahan itu dan berharap ianya memberi suntikan semangat kepada kakitangan mencontohi Tan Sri Dato’ Muhammad Ali.

Last Updated on Wednesday, 27 October 2010 09:23
 

Login For Admin